Thursday, December 9, 2010

Pening kepala...

pening nye kepale...pukul 5 baru nak start wat jikken..huu..

Wednesday, November 24, 2010

Esok kelas Aoki sensei..aku nak jawab soalan no 35..

hujung minggu ni nak buat pe ek?

Thursday, August 6, 2009

hai..

da dua bulan rupenye aku x tulis blog..hmm..xpelah just nak cakap hai and hope korang sume sihat..aku xde mende nak kongsi....tu je...

Saturday, June 6, 2009

BBQ x jadik~ Sabtuku rehatkan minda!

-Jalan menuju rumah ku-
Pagi
Hujan turun renyai-renyai pagi ni.Patutnye ade BBQ anjuran Lab aku tetapi disebabkan hujan, BBQ terpaksa dibatalkan.Aku pun ape lagi....dengan gembira tak terhingga tarik selimut tido~zzZZZZZ


Tengah Hari
Pukul 2 petang aku bangun mandi,solat dan makan.Owh,hujan sudah berhenti.Hari ni Wak masak hati ayam masak apentah aku pun tidak tahu nak bagi nama kat lauk tu.Makan aje!banyak bunyi plok becko!

-Kereta untuk di jual-
Petang
Tiba-tiba aku dengar orang memasang repair2 bising2 ape ntah kat luar.Aku pun pergi la jenguk kat luar.Rupenye Tajudin dan crew-crew nya sibuk membetulkan bumper kereta.Aku tukang tengok je.Bosan-bosan aku g pasang meja ping pong.Layan ping pong sket!!

-Hilmi melakukan servis kedudukan terikat SERI-

Malam

Fani masak ayam masak merah.Memang meletup!Aku siap tambah lagi.Shahrin dan Mat Le tiba-tiba muncul.Then kitorang tengok match Jepun lawan Uzbekistan.Memang fight betul match.Jepun menang 1-0 dan layak ke Piala Dunia 2010!Omedeto!!!

Hari ahad dijangka cerah...pe lagi!!
JOM MAIN BOLA!!!!

Friday, June 5, 2009

Ikan Patin Masak Asam Pedas Puan Rahmah


Alhamdulillah..di petang yang renyai2 hujan ni dapat gak aku masak dengan tenangnye..OWH! Ikan yang cair td telah pun di masak!! Resipi hari ni ialah Ikan Patin Masak Asam Pedas Versi Puan Rahmah.<--mak aku nye resipi aku auter2 sket.Simple dan senang!Anak dara yang baru nak belajar masak tu sesuai try masakan ni sebab leh wat pakwe or family korang meletup2 makan!!!Yang nak tackle pakwe or makwe pun leh try wat masakan nih..hihi..x caye??JOM try!!!



Bahan-bahan:-
  1. Ikan patin (ikut suke hati nak masak ikan ape yg korang suke.Ikan tongkol ke..ikan bilis ke..)
  2. Cili giling 3 sudu besar (Cili serbuk kurang menyekat.Cili Sos Meggi lagi lah!)
  3. Bawang Merah 2 sudu besar (Sila blend.bawang besar pun boleh~~)
  4. Bawang Putih 2 Biji (ERKK..bawang putih ulas kan?)
  5. Asam Jawa Paket (Aku xde asam keping.kalau ade masukkan skali)
  6. Garam
  7. Pati ayam meggi separuh (kalau xde pun xpe.adjust2 kat garam je)

Langkah masakan:-
  1. Masukkan minyak ke dalam periuk secukup rasa.
  2. Bila minyak dah naik masukkan pula cili giling,bawang merah dan bawang putih.Masuk garam sket then tumis!
  3. Sementara tunggu bahan tumisan tadi,masukkan 2 sudu besar asam jawa ke secawan air panas.Gaul laju2 smpai asam jawa sebati ngan air panas.Kalau naik bau lagi mantap.
  4. Okeh.Air asam jawa tu biar dulu.
  5. Masukkan ikan ke dalam periuk td.Basuh dulu ikan.Gaul ikan smpai sebati.kalau takut ikan pecah tolak2 je asalkan ikan disirami bahan tumisan.Pastu tarik nafas 5 kali..
  6. Masukkan air asam jawa tadi dalam periuk.Time tu korang akan rase letupan pertama.
  7. Masukkan air kalau x cukup kuah.Aku taruk sikit je.
  8. Masukkan garam.Masukkan pati ayam megi skali.Gaul dan gaul.
  9. TunggU dalam 10~15 minit.Masak ikan xleh lame2..then korang hirup kuah tu..UHUK2!!kalau terbatuk2 tu da betul dah tu!
  10. Tutup api then tutup penutup periuk.(bagi kuah meresap dalam ikan)
  11. Selamat Mencuba!

Thursday, June 4, 2009

Tunggu ikan cair

Hari ni hujan renyai2..ikan still beku so aku x leh wat ape2 selain menunggu.nak masak ape ye??bagi idea sket!!!

Minggu lepas saya~

ISEHARA JAYA - Pada minggu lepas,saya dan rakan-rakan telah meluangkan masa bersama bermain boling di Isehara Superbowl.Walaupun penat bermain bola petang itu,para pelajar lelaki tidak putus asa untuk bersungguh-sungguh bermain boling pada malam itu.Terima kasih pada yang hadir.Oh,adik saya juga turut serta bermain boling.Kami sentiasa mencari masa untuk menghilangkan stres!!



Macam chewing gum jek!~

Kasut baru ku memerhati lawan dengan tajam>>>>